Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Friday, January 25, 2013

Al-Fatihah untuk dia .

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Lama tak update blog . Almaklumlah, aku ni budak SPM . Sibuk belajarlah katakan . Baru beberapa minggu menjadi calon SPM ni, aku rasa banyak beban yang menghimpap bahu, badan, kepala and so on . Kadang-kadang nak nangis pun ada . Alahai .

Baru tiga minggu aku menjadi calon spm, salah seorang kawan seperjuangan aku telah meninggalkan semua benda yang penting, berharga . Seorang kawan aku telah membuat banyak air mata daripada banyak pasang mata yang mengalir . Seorang kawan aku telah buat ahli keluarganya, kawan-kawannya kosong . Hilang ketawa . Hilang senyuman . Timbul duka . Timbul kesedihan . Arwah Hanis Ikhmal . Dia telah meninggalkan kami pada 22 Januari 2013 . Tanpa diduga kepergiannya begitu cepat .

Empat hari berlalu . Kesedihan kerana kehilangan seorang kawan yang begitu mesra masih lagi tersemat . Sukar untuk menghilangkan rasa sedih . Pada hari arwah hendak dikebumikan, satu sekolah diam . Sunyi . Bagai tiada pelajar yang datang . Semua rasa sedih . Aku nampak ramai cikgu dan kawan-kawan menangis . Ramai yang pergi ziarah jasad kau . Pelajar bukan islam pun turut ziarah kau . Aku tak berpeluang tengok kau buat kali terakhir . Menurut kawan-kawan yang ziarah aku yang ziarah arwah, rupa kau sudah tidak kelihatan . Muka kau bengkak . Dahi kau berlekuk . Ya Allah .

Aku tak sanggup nak cerita lagi . Walaupun aku tak rapat dengan arwah, kehilangan dia tetap dirasai . Kesedihan menyelubungi . Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Hanis Ikhmal .
Al-Fatihah .

3 comments:

  1. al fatihah jugak ,smoga roh nya tenang,alhamdulillah tiap2 ari tak kering kubur dye

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat arwah. Tahun lepas sy juga kehilangan seorang rakan. Sedih, Tak pernah menyangka pemergiannya. Kita yang hidup, kena teruskan hidup dan sentiasa menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. Amin ~

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah Daripada Kakak yaa adik :) GOOD LUCK dalam Hidup :)

    ReplyDelete