Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Saturday, December 22, 2012

. . . . . . .


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Terima kasihhlah dekat orang-orang yang setia lawat blog aku ni . Ada baca post aku sebelum ni ? Amacam dah cuba mesej or call crush korang ? Siapa yang dah tu, taniah lah diucapkan . Nah kiss setepek _˘)ε˘`) . Hehee


Post aku kali ni aku nak ceritakan pasal . . . . Aku tak tahu nak letak tajuk apa . Seperti yang korang tahu aku memang dah lama tak online . 20haribulan haritu baru aku terlepas dari gelombang “NO INTERNET” . Amat terseksa weh duduk dalam gelombang tu . Aku online twitter . Semua twitterlians heboh dengan Mayans . Aku ni yang macam katak baru keluar dari tempurung ni peliklah . Selidik punya selidik, baru aku tahu apebenda alah Mayans ni . Lepas tahu apebenda Mayans ni, bukan main besar aku gelak . HAHAHA ! Meh aku terangkan apebenda Mayans tu .

Mayan ialah satu kalendar yang dicipta oleh bangsa maya . Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba si Amerika Seltan . Maya terkenal dengan piramidnya dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga . Mayan juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi yang dari itu terhasillah kalendar mayan yang penuh rahsia ini . Menurut Bangsa Maya, kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada di bumi sampai sekarang . Diaorang ramal hari kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012 .




The world will be end on 21 December 2012 – Mayan apocalypse


Perghhh ! Ada wahyu lagi . Sekarang dah 22haribulan . Apa Bangsa Maya nak cakap lagi ? “Tersilap tengok kalendar lah . Sorry .” Entahapaapaentah . Satu lagi predict yang aku baca dari satu laman sesawang . Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu billion penonton, maka kiamat akan berlaku .



“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.


Nostradamus ni seorang penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503 . Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan . Aku rasa macam nak terburai perut aku ni gelak dengan ramalan yang dia buat . Gangnam Style tu baru wujud . Boleh pulak nak kaitkan dengan kiamat . Sekarang, Gangnam Style dah cecah billion lebih viewer, takde apa pun yang berlaku . Apa Nostradamus ni nak cakap ? “Saya tersilap tengok bola sakti saya .” Entahapaapaentah .


Disebabkan ramalan-ramalan bodoh ni, ramai orang kafir duk sibuk cari rumah perlindungan kiamat . Sanggup menghabiskan duit berbillion-billion beli rumah yang bajet boleh lindung depa daripada hancur lah konon . Choyy ! Aku tak boleh tahan betul baca dekat surat khabar, google dan sebagainya tentang rumah-rumah diaorang tu . Untuk pengetahuan semua lah, pada hari kiamat nanti semua makhluk akan musnah . Tak kira korang duk menyorok dalam gua ke, dalam bumi ke . Semua akan musnah . Bumi ni pun musnah . Lagi satu yang paling lawak bila NASA cakap depa jumpa planet serupa dengan bumi . Dinamakn Planet X . Apa yang diaorang nak buat dengan planet tu ? Nak angkut semua penduduk bumi pi duduk dekat planet tu ? Bajet hero nak selamatkan oranglah tu . Ni semua ultraman punya ceritalah . Jangan nak mengarut . Semua akan musnah .


Aku buat post ni bukan sebab apa . Aku takut ada orang yang percaya dengan ramalan-ramalan yang mengarut ni . Takpayah lah nak buang masa ramal bila kiamat . Hanya Allah je yang tahu bila kiamat tu . Percaya certain tarikh kiamat ianya terus jatuh hukum syirik tahu ? Korang tahu apa dosa syirik ? Straight away to the hell weh . No bengkang bengkok . No simpang simpang .


Antara sepuluh tanda-tanda kiamat besar:

1.       Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.       Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.       Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.       Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.       Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.       Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.       Gempa bumi di Timur.
8.       Gempa bumi di Barat.
9.       Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.   Api besar yang akan keluar dari Yaman.


Percaya ni tak pe . Percaya tarikh-tarikh kiamat tu jangan sekali . Kita tahu banyak kejadian yang seakan menunjukkan hari kiamat . Harap kita semua dapat meningkatkan amal ibadat kita . Apa yang penting, percaya pada Allah . Jangan percaya je, lakukan semua suruhannya dan tinggalkan semua larangannya . 

Bersama-sama kita tingkatkan amalan kita . Jadilah muslim yang baik . Semoga kita dipertempatkan dikalangan orang yang beriman . AMIN 


1 comment: