Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Sunday, December 9, 2012

CRUSH

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Hatchuuuuum ! *bersin*
Amboi berhabuk betul . *lap-lap*

Apa khabar ? Baik? Sihat ? Dah makan ? Uihhhh ! Banyaknya soalan . Dah lama tak update . Maaf maaf . Eah jap ! Terima kasih lah dekat orang-orang yang setia lawat blog yang tak berapa nak indah ni . Muahhhh setepek dekat pipi kanan korang yang gebu tuh (˘⌣˘)ε˘`) . Hehee 

*ngapp magnum*

Okayy ! 
Sekarang baca balik aku punya topik kali ni . "CRUSH" . Korag tahu apa itu crush ? Haaa ? Apa ? Korang tak tahu ? Betul korang tak tahu ni ? Hurmmm . Okay takpe . Meh aku terangkan .

Crush tu maksud dia orang yang kita suka dalam diam . Korang suka dia tapi korang pendam je . Something like that lah . Faham dah ? Amacam ? Korang ada crush tak ? Ada kan . Ada kan . Mengaku jelah . Jangan nak malu-malu . Aku pun pernah ada crush jugak . Hehee 



Apa ?! Yang dah couple ada crush ? Yang dah kahwin pun sama ? Hoiii ! Jangan jadi gila . Ni yang nak marah ni . Mana boleh yang dah ada pasangan ada crush . Nampak sangat korang tak setia . Baik korang lupakan crush korang tu dan setia bersama yang tersayang . Sememangnya crush ini khas untuk orang yang berstatus SINGLE sahaja . Yang tak single tu harap maklum ye :)



Okay ! 
Aku tau kenapa crush tu wujud  Crush tu wujud sebab korang malu nak berterus terang . Tulah yang berlaku dekat aku dulu . Sebenarnya bukan malu je tapi takut . Takut bila dah berterus terang dia marah kita . Dia benci kita . Buka setakat takut je tapi banyak lagi perasan bercampur baur menjadi satu perasaan yang sukar dirungkai . Hurmmm . *mengeluh*

Ahaaaaa ! *mentol bercahaya atas kepala*
Aku ada satu cadangan macam mana nak buat korang jadi berani nak luahkan perasaan yang terpendam tu dekat crush orang yang korang suka tu . Nak tahu ? Meh baca lagi :)

Sekarang ni kan dunia semakin maju . iPhone5 pun dah keluar dekat pasaran . Telefon bimbit makin canggih . Ada handphone yang tak perlu tekan keypd pun nak hantar mesej . Aku yakin semua dah ada telefon bimbit . Anak buah aku yang 5 tahun tu pun ada handphone, takkan korang takde . *obvious*

"Handphone ? Crush ? Macam takde kena mengena je"

Takde kena mengena korang cakap ? Ada kena mengana . Dengan phone korang yang canggih tu korang boleh telefon or call crush korang tu  . Luahkanlah perasaan korang tu tanpa bagi tahu identiti korang .

"Habis, macam mana dia nak tahu siapa kita ?"

Sabar . Belum habis cerita lagi . Macam mana dia nak tahu siapa kita . Bagi tahu jelah . Apa susah . Bila korang dah biasa mesej dia, call dia perasaan malu or whatever tu akan hilang dan perasaan berani menguasai diri . Time ni lah korang bagi tahu siapa korang . 

"Macam mana kalau crush kita dah ada GF/BF ?"
"Macam mana kalau dia tak suka kita balik ?"

Kalau macam tu, korang anggaplah crush korang tu macam kawan baik korang . Jadi kawan better kot . Apa yang aku nak nasihat, jangan terlalu mengharap sangat . Tak elok . Nanti makan diri . Maybe, ada orang yang lebih baik untuk korang . To me, my crush will be my bestfriend . Sweet kan ? Hehee 

"Kalau dia marah kita ?"

Dia nak marah sebab apa pulak ? Tak boleh jadi ni . Kalau macam ni, lupakan dia . Cari orang lain untuk jadi crush korang . Biarkan dia bersendirian . Hehee 

"Eah jap ! Macam mana nak dapat number dia ?"

Macam mana nak dapat number dia ? Hey ! Usaha lah sendiri . Semua nak disuap . Melebih . 
"Man Jadda Wa Jadda"

Dah lah . Penat tangan menaip . Nak pergi korek dapur cari makanan . 
LAPAR ! (۳º̩̩́_º̩̩̀)۳
Terima kasih sebab sudi baca ;')


Assalamualaikum , bye ! 






2 comments:

  1. haha crush sementara selalu ade. hahaahah - tak senonoh-

    ReplyDelete
  2. Jatuh hati setakat rupalah tu . HAHAHA !

    ReplyDelete