Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Tuesday, October 15, 2013

Luahan untuk seorang sahabat .

Salam Aidiladha .

Ya . Hari ini memang Hari Raya Aidiladha . Banyak lembu, kambing, unta dan kibas (binatang an'am) akan disembelih menuntut tuntutan Allah suaya kita lebih bersyukur disamping memperingati peristiwa Nabi Ismail . But for this entry, Im not going to talk about the Qurban .

Ini cerita tentang sahabat .
Sahabat aku
Sahabat yang kian menghilang
Kian menjauh

*Ini hanyalah luahan kepada seorang sahabat*


************

"Semenjak kau couple, dah lama kita tak berbual sebagai seorang sahabat"


************


Bukan aku . Tapi kau ! Last kita lepak dengar luahan masing-masing 4 May 2013 . Itu pun sebab nak celebrate aku punya birthday . Aku taknak sambut tapi kau je yang gegeh . 5 bulan yang lepas woihh . 

"Birthday girl yang comel mesti kena sambut tiap tahun . Nanti kau merajuk ." 

Masa tu kau cakap kau dah couple . Dengan seorang perempuan . Aku terkejut . Aku fikir kau gay . Aku stalait kepala kau "tak sangka dah matang kawan aku"

Sahabat aku sahabat sampai mati . Dia tempat aku mengadu . Dia tempat aku luah . Semua dialah . Dikira macam keluarga dah . Aku ingat lagi kau pernah lempang mulut aku sebab aku mencarut . Aku cakap bangang je pun . Itu pun nak tampar . Dia cakap "baru sebulan masuk asrama dah pandai mencarut" (masa tingkatan satu dulu)

Kitorang dah kawan 7 tahun . Dulu aku benci dia tahap tak ingat sebab dia pernah jatuhkan beg sekolah roda barbie aku . Menyampah betul . Super irritating . Tapi kita jadi kawan semenjak aku kantoi dekat kau panjat pokok ceri sebab ponteng kelas KAFA . Dulu kau anjing . Nak mengadu dekat cikgulah apalah . Haih . So, aku jadi baiklah dengan kau . Nak selamatkan diri . Tapi tak sangka pula jadi kawan rapat yang teramat . Lagipun kau pun atas setahun dari aku . 

Aku ingat lagi masa Mukhriz meninggal, kau cakap kau menyampah tengok aku masa tu . Aku tanya kenapa . Dia cakap masa tu bukan diri aku . Lemah sangat . Sikit-sikit nak nangis . Yalah ! Yalah ! 
Kalau OTP dengan sahabat aku sorang ni, 2 jam tak lepas . Paling lama 5jam 43minit . Naik rentung telinga aku ni haa dek melekap je telefon dekat telinga . 

Lantaklah benda semua tu . Masalah sekarang ni aku gila terasa dengan kau . Ingat pinky swear kita ! 


23days before SPM .













Monday, June 3, 2013

Bersabarlah .

3 JUN 2013 . Matahari seperti menyalai manusia dengan riangnya . Cuaca hari ni 34 darjah . Aku tak tahu nak buat apa . Kepala pening tahap terputus wayar sampai terbakar seperti sudah menghadapi berpuluh-puluh soalan addmath padahal tak buat apa-apa pun . Perut seperti mengadakan konsert Linkin Park . Meraung tanpa tujuan . Nak makan, puasa pula . Memang mencabar . Hanya kesabaran sebagai pelindung . "Bersabarlah wahai hati"

Kesabaran . Kalau diperhatikan, setiap cerita dalam komsas semuanya ada nilai kesabaran . Bukan tu je . Dalam novel dan sebagainya . Semuanya ada . Aku rasa semua manusia ada nilai kesabaran . Tapi bezanya cuma kesabaran yang tinggi ataupun rendah .

***
"SABAR
Dalam konteks segala konteks ialah menahan nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekana jiwa atau perasaan atau ransangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak selesaan atau sesuatau keadaan yang tidak disukai atau tak diingini .

***

Tujuan sabar ialah supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan walaupun tak sempurna mana dan seterusnya mencapai metlamatnya . Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai muslihat menjadikan kita keluh-kesah lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan . Tanpa kesabaran mungkin mengganggu kita melakukan ibadat dan mungkin ada yang tak dapat meneruskannya . Dalam konteks menghadapi ujian Allah "Qada'", seseorang hamba Allah itu akan berjaya mengekalkan kesabrannya jika dia sentiasa mengingati Allah dan sentiasa beristiqamah atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau jika hamba Allah itu menaruh sangkaan baik terhadap Allah SWT . Dengan itu, kesabarannya dan keimanannya akan bertambah teguh .

***

Kesabran itu haruslah meliputi empat tindakan iaitu yang pertama tabah, tekun dan beristiqamah dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah SWT . Yang kedua, menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran . Yang ketiga, memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan . Dan yang keempat, tenang dan teguh menghadapi cubaan . 

***

Kesimpulannya, kalau manusia ni tak ada sifat sabar makan banyaklah pergaduhan, pembunuhan, perlakuan seks yang terlarang dan macam-macam lagi . Apa yang berlaku di dunia sekarang ni semuanya boleh diatasi sedikit kalau ada sifat sabar . Mungkin ia adalah salah satu tanda kiamat . Kita tak tahu bila ia datang tapi kita perlu sentiasa beringat dan bertaubat . 

*P/S: Bersabarlah wahai perokok . Harga naik . Hisap lagi dan duit anda semakin melayang atau berhenti
        sahaja :)


Tingkatkan kesabaran dan selamat beramal :D


Saturday, May 18, 2013

Ant

Bismillahirahmanirrahim .
Assalmaualaikum WBT .

After reading Aizat Abdullah's blog, I realized that I've not update my blog since last three months . Time passes so quickly . I realized that SPM just around the corner . Scary . Just like Ive watched Sundel bolong . The UPU results just released . All my cousins got it . Its not impossible . All my cousins got good results in their SPM . BTW, congratulations for those who got the UPU and for those  who dont get it, dont be sad .

How bout me ? Hmm

Forget it . This time, I would like to share about ant . I really appreciate to this tiny creatures .




At first glance, the ant is a small creature that does not provide any benefit in human lives . However, this small creature gets special attention in Islam even in the Holy Quran itself there is a special chapter called Surah Al-Naml of ants . Ant's life is also quite unique . Imagine how the thousands of ants in the colony they can recognize each other . Have we observe the ants while it's running and see other ants . Ants-like kissing or contact with each other . As if they know each other in a group of tens of thousands of ants at a time . Their lives are structured, organized, diligent and disciplined in carrying out life as an ant in the universe . Have you heard bout Nabi Sulaiman AS with an ant ?


At the time of Nabi Sulaiman an incident, when Nabi Sulaiman saw an ant creeping on a rock, Nabi Sulaiman thus would wonder how these ants to live on dry rock in the middle of a barren desert.

Nabi Sulaiman asked the ant: "O ants if you believe there is enough food for you?".

Ant replied: "Provision in the hands of Allah, I believe in living in the hands of Allah, I believe in the dry rock in a barren desert is no provision for me."

So Nabi Sulaiman asked: "O ants, how much you eat? What do you like to eat? And many do you eat in a month?"

Ant replied: "I only eat a piece of wheat per month".

Nabi Sulaiman even suggested: "If you eat just no need for a piece of wheat per month you cascading over rocks, I can help".

Nabi Sulaiman took a container, he adopted the ants and placed in the container and cover the container. Then he left the ants in the container along a piece of wheat for a month.

When enough of the month, Nabi Sulaiman saw that the piece of wheat that he put last month ago, just eaten a half only just eaten by ant . Then he said: "Apparently you lied to me! Last month you said you eat a piece of wheat per month, this is a month, but you eat half".

Ant replied: "I did not lie. If I live on the rocks, I would eat anything so much as a piece of wheat a month, because I was looking for the meal itself and sustenance comes from Allah and Allah never forget me. But when you put me in the container, my livelihood depends on you, and I do not believe you, that's why I only eat half so it can resistant for two months. Im afraid that you will forget . That ant's faith !

How bout our faith ? As a human .
Grateful for what we have .


*jangan kutuk grammar saya* Publish ! :D

Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day HARAM

Assalamualaikum .

Entah kenapa rajin pulak aku nak update blog pepagi buta ni . Tak tahu kenapa . Tak tahu ! Mungkin ada isu yang aku tak puas hati kut . Entahlah . Harap idea nak bercelotoh kali ni tak putus-putus . Almaklumlah aku ni menulis ikut yang terlintas je . Sebelum tu aku nak maklum yang aku dah tukar url blog . Lepas ni korang takpayah lah nak taip ruqeeowns.blogspot.com lagi . Takkan jumpa de . (Blog Not Found) . Ni url blog baru aku jannahyusofsmoezelen.blogspot.com . Korang akan jumpa blog aku dengan jayanya .

*blogging sambil tweet*

14 Februari . Korang tahu apa yang berkaitan dengan tarikh ni ? Mustahil tak tahu . Tarikh ni ialah tarikh valentine . Sambutan cinta dan kasih sayang . Kononnya . Mulalah muncul jargon-jargon yang entahapaapaentah untuk mengekspos valentine ni . Pub, disko, hotel mulalah buat tawaran yang mengarut . Time ni lah diaorang nak buat harga promosi bagai . Orang-orang kafir sukalah tarikh ni . Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak cakap yang sambut valentine adalah HARAM sama sekali . HARAM .

*menunggu perlawanan Real Madrid vs. MU*

Cerita tentang di sebalik valentine . Banyak versi sebenarnya .

VERSI PERTAMA
Pada masa pemerinthan Claudius II, kerajaan Roman yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristiandan para mubaligh Kristain telah dipenjara serta diseksa . St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran kristain dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan. St. Valentino diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari . Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentino ini dianggap oleh penganut kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya . Malah St. Valentino disamakan dengan Jesus yng dianggap oleh penganut kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya . Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepujuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatnagan 'From your valentine' (Daripada valentine mu) . Maka orang-orang kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu St. Valentino .

VERSI KEDUA
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin . Justeru itu, Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin . Namun begitu St. Valentino menentangnnya dengan keras dan beliau telah elakukan upacara pernikahan terhadap pemuda-pemuda Rom secar sulit . Aktiviti St. Valentino diketahui Claudius II lalu beliau mengarahkan St Valentino ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M .

VERSI KETIGA
Valentine's Day berkaitan degan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia . Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung 13 hingga 18 Februari . Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata . Pada hari yang berikutnya mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi-dewi mereka .

VERSI KEEMPAT
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung pada musim mengawan yang jatuh pada 14 Februari . Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris .

*letup-letup jari minom milo*

Penat tak baca ? Aku yang menaip ni pun penat . Semuanya mengarut . Tak masuk akal .

Firman Allah SWT :



6:116

 Maksudnya:
Dan jika kamu menuruti kebanyakn orang-orang si muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah . Mereka tidak lain hanyalah mengikut prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) .                                                                                                      
                                                                                                      (Surah Al-An'am: 116)


Korang nak apa lagi ? Kalau dah tahu valentine tu haram sambut, janganlah sambut . Kalau nak sambut juga, sambutlah . Dosa masing-masing kan . Kubur pun sendiri-sendiri kan . Cakap tak guna dekat orang yang degil ni . Bukan nak dengar pun . Sabar jelah . Apa yang aku harap kubur aku tak bersebeahan dengan kubur orang yang sambut valentine ni .

Sedikit lampiran
Selamat Tahun Baru Cina .
*salahkah pergi ke rumah terbuka kaum lain ?*


Cakap tak guna . Renung-renungkanlah :D

*tengok bola*

Tuesday, February 12, 2013

Perempuan Solehah Untuk Lelaki Nakal

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Hatchummm ! Siapa yang mengumpat aku ni ?! Mengaku cepat ! Mengaku ! *orang kata kalu kita bersin ada orang mengumpat kita*

Lama sungguh aaku tak update blog . Almaklumlah duduk asrama . Nak nak lagi aku ni calon tegar SPM . Kenalah belajar bersungguh-sungguh supaya SPM aku nanti dapat straightA++ . Barulah dapat belajar dekat Rusia . Sebenarnya bukan takda masa just aku ni takda idea . Aku ni bukanlah macam bloggers lain . Letak je jari tembam dekat keyboard terus mencurah-curah idea tanpa henti bagai air terjun . Ataupun aku ni taklah rajin macam bloggers yang lain, buat draft dekat note then bila ada masa nak online terus copy buat newpost . Aku bukan macam tu . Aku ni seorang yang pemalas . Itulah yang sebenarnya .

Beralih pada tajuk . Kalau nak cerita tentang kemalasan aku takkan habis sampai hujung tahun tahun depan . Kalau baca balik semula tajuk aku kali ni, mesti korang cakap aku ni gatal . Ya . Memang aku gatal . Tapi gatal aku bertempat okay . hoho . Lantak lah kan . Macamlah korang tak gatal . Okay, siapa dekat sini pembaca novel yang tegar ? Aku ni takdelah tegar manapun . Tapi boleh tahanlah . Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku, aku lah yang paling lembap dalam bab-bab novel ni . Nak nak lagi novel-novel cinta melayu . Memang aku lembap .

"Perempuan Solehah Untuk Lelaki Nakal"

Kalau korang perasan, *for those yang selalu baca novel* noel cinta melayu sekarang ni semuanya hampir sama je jalan cerita diaorang . Kena kahwin paksalah . Jumpa dekat universitilah . Mua-mula benci tiba-tiba sukalah . Macam-macam lagi . Semuanya seakan sama . Kadang-kadang baru baca 2 3 mukasurat aku dah boleh agak macam mana ending  dia . Hebat tak aku ? Dah cukup . Aku memang hebat .

"Apa kena mengena novel dengan tajuk ?"

Korang tak perasan ke yang dalam cerita novel sekarang, diaorang sering gandingkan lelaki yang nakal dengan perempuan yang baik, cantik dan comel macam aku . Anda tak perasan ke semua tu . Anda tak perasankah yang saya ni comel ? Eah ? Apa yang aku perhatikan, semua penulis sekarang mesti gandingkan lelaki yang nakal ala-ala jahat dalam dekat watak hero . 

Aku tak kisahlah diaorang gambarkan macam mana kenakalan lelaki tu ataupun kebaikan perempuan . Tak kisahlah . Tapi yang penting dalam al-Quran, Allah telah mejanjikan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang baik untuk perempuan yang baik . 


Maksudnya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik . Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh engampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia . 


See . Dalam al-Quran pun Allah dah nyatakan . Sebagai contoh terdekat cerita Setia Hujung Nyawa yang korang fanatic sangat tu . Lelaki yang telah melakukan zina untuk perempuan yang telah melakukan zina . Adil bukan . 

"Al-Adl" Allah ni maha adil . So kalau korang nak lelaki/perempuan yang baik jadi pasangan hidup korang, jagalah perangai tu . Bersihkan hatimu . Murnikan tindakanmu . 

Renung-renungkanlah :)


   

Friday, January 25, 2013

Al-Fatihah untuk dia .

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Lama tak update blog . Almaklumlah, aku ni budak SPM . Sibuk belajarlah katakan . Baru beberapa minggu menjadi calon SPM ni, aku rasa banyak beban yang menghimpap bahu, badan, kepala and so on . Kadang-kadang nak nangis pun ada . Alahai .

Baru tiga minggu aku menjadi calon spm, salah seorang kawan seperjuangan aku telah meninggalkan semua benda yang penting, berharga . Seorang kawan aku telah membuat banyak air mata daripada banyak pasang mata yang mengalir . Seorang kawan aku telah buat ahli keluarganya, kawan-kawannya kosong . Hilang ketawa . Hilang senyuman . Timbul duka . Timbul kesedihan . Arwah Hanis Ikhmal . Dia telah meninggalkan kami pada 22 Januari 2013 . Tanpa diduga kepergiannya begitu cepat .

Empat hari berlalu . Kesedihan kerana kehilangan seorang kawan yang begitu mesra masih lagi tersemat . Sukar untuk menghilangkan rasa sedih . Pada hari arwah hendak dikebumikan, satu sekolah diam . Sunyi . Bagai tiada pelajar yang datang . Semua rasa sedih . Aku nampak ramai cikgu dan kawan-kawan menangis . Ramai yang pergi ziarah jasad kau . Pelajar bukan islam pun turut ziarah kau . Aku tak berpeluang tengok kau buat kali terakhir . Menurut kawan-kawan yang ziarah aku yang ziarah arwah, rupa kau sudah tidak kelihatan . Muka kau bengkak . Dahi kau berlekuk . Ya Allah .

Aku tak sanggup nak cerita lagi . Walaupun aku tak rapat dengan arwah, kehilangan dia tetap dirasai . Kesedihan menyelubungi . Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Hanis Ikhmal .
Al-Fatihah .

Saturday, December 22, 2012

. . . . . . .


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Terima kasihhlah dekat orang-orang yang setia lawat blog aku ni . Ada baca post aku sebelum ni ? Amacam dah cuba mesej or call crush korang ? Siapa yang dah tu, taniah lah diucapkan . Nah kiss setepek (˘_˘)ε˘`) . Hehee ♥


Post aku kali ni aku nak ceritakan pasal . . . . Aku tak tahu nak letak tajuk apa . Seperti yang korang tahu aku memang dah lama tak online . 20haribulan haritu baru aku terlepas dari gelombang “NO INTERNET” . Amat terseksa weh duduk dalam gelombang tu . Aku online twitter . Semua twitterlians heboh dengan Mayans . Aku ni yang macam katak baru keluar dari tempurung ni peliklah . Selidik punya selidik, baru aku tahu apebenda alah Mayans ni . Lepas tahu apebenda Mayans ni, bukan main besar aku gelak . HAHAHA ! Meh aku terangkan apebenda Mayans tu .

Mayan ialah satu kalendar yang dicipta oleh bangsa maya . Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba si Amerika Seltan . Maya terkenal dengan piramidnya dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga . Mayan juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi yang dari itu terhasillah kalendar mayan yang penuh rahsia ini . Menurut Bangsa Maya, kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada di bumi sampai sekarang . Diaorang ramal hari kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012 .




The world will be end on 21 December 2012 – Mayan apocalypse


Perghhh ! Ada wahyu lagi . Sekarang dah 22haribulan . Apa Bangsa Maya nak cakap lagi ? “Tersilap tengok kalendar lah . Sorry .” Entahapaapaentah . Satu lagi predict yang aku baca dari satu laman sesawang . Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu billion penonton, maka kiamat akan berlaku .



“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.


Nostradamus ni seorang penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503 . Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan . Aku rasa macam nak terburai perut aku ni gelak dengan ramalan yang dia buat . Gangnam Style tu baru wujud . Boleh pulak nak kaitkan dengan kiamat . Sekarang, Gangnam Style dah cecah billion lebih viewer, takde apa pun yang berlaku . Apa Nostradamus ni nak cakap ? “Saya tersilap tengok bola sakti saya .” Entahapaapaentah .


Disebabkan ramalan-ramalan bodoh ni, ramai orang kafir duk sibuk cari rumah perlindungan kiamat . Sanggup menghabiskan duit berbillion-billion beli rumah yang bajet boleh lindung depa daripada hancur lah konon . Choyy ! Aku tak boleh tahan betul baca dekat surat khabar, google dan sebagainya tentang rumah-rumah diaorang tu . Untuk pengetahuan semua lah, pada hari kiamat nanti semua makhluk akan musnah . Tak kira korang duk menyorok dalam gua ke, dalam bumi ke . Semua akan musnah . Bumi ni pun musnah . Lagi satu yang paling lawak bila NASA cakap depa jumpa planet serupa dengan bumi . Dinamakn Planet X . Apa yang diaorang nak buat dengan planet tu ? Nak angkut semua penduduk bumi pi duduk dekat planet tu ? Bajet hero nak selamatkan oranglah tu . Ni semua ultraman punya ceritalah . Jangan nak mengarut . Semua akan musnah .


Aku buat post ni bukan sebab apa . Aku takut ada orang yang percaya dengan ramalan-ramalan yang mengarut ni . Takpayah lah nak buang masa ramal bila kiamat . Hanya Allah je yang tahu bila kiamat tu . Percaya certain tarikh kiamat ianya terus jatuh hukum syirik tahu ? Korang tahu apa dosa syirik ? Straight away to the hell weh . No bengkang bengkok . No simpang simpang .


Antara sepuluh tanda-tanda kiamat besar:

1.       Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.       Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.       Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.       Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.       Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.       Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.       Gempa bumi di Timur.
8.       Gempa bumi di Barat.
9.       Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.   Api besar yang akan keluar dari Yaman.


Percaya ni tak pe . Percaya tarikh-tarikh kiamat tu jangan sekali . Kita tahu banyak kejadian yang seakan menunjukkan hari kiamat . Harap kita semua dapat meningkatkan amal ibadat kita . Apa yang penting, percaya pada Allah . Jangan percaya je, lakukan semua suruhannya dan tinggalkan semua larangannya . 

Bersama-sama kita tingkatkan amalan kita . Jadilah muslim yang baik . Semoga kita dipertempatkan dikalangan orang yang beriman . AMIN 


Sunday, December 9, 2012

CRUSH

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Hatchuuuuum ! *bersin*
Amboi berhabuk betul . *lap-lap*

Apa khabar ? Baik? Sihat ? Dah makan ? Uihhhh ! Banyaknya soalan . Dah lama tak update . Maaf maaf . Eah jap ! Terima kasih lah dekat orang-orang yang setia lawat blog yang tak berapa nak indah ni . Muahhhh setepek dekat pipi kanan korang yang gebu tuh (˘⌣˘)ε˘`) . Hehee ♥

*ngapp magnum*

Okayy ! 
Sekarang baca balik aku punya topik kali ni . "CRUSH" . Korag tahu apa itu crush ? Haaa ? Apa ? Korang tak tahu ? Betul korang tak tahu ni ? Hurmmm . Okay takpe . Meh aku terangkan .

Crush tu maksud dia orang yang kita suka dalam diam . Korang suka dia tapi korang pendam je . Something like that lah . Faham dah ? Amacam ? Korang ada crush tak ? Ada kan . Ada kan . Mengaku jelah . Jangan nak malu-malu . Aku pun pernah ada crush jugak . Hehee ♥



Apa ?! Yang dah couple ada crush ? Yang dah kahwin pun sama ? Hoiii ! Jangan jadi gila . Ni yang nak marah ni . Mana boleh yang dah ada pasangan ada crush . Nampak sangat korang tak setia . Baik korang lupakan crush korang tu dan setia bersama yang tersayang . Sememangnya crush ini khas untuk orang yang berstatus SINGLE sahaja . Yang tak single tu harap maklum ye :)



Okay ! 
Aku tau kenapa crush tu wujud  Crush tu wujud sebab korang malu nak berterus terang . Tulah yang berlaku dekat aku dulu . Sebenarnya bukan malu je tapi takut . Takut bila dah berterus terang dia marah kita . Dia benci kita . Buka setakat takut je tapi banyak lagi perasan bercampur baur menjadi satu perasaan yang sukar dirungkai . Hurmmm . *mengeluh*

Ahaaaaa ! *mentol bercahaya atas kepala*
Aku ada satu cadangan macam mana nak buat korang jadi berani nak luahkan perasaan yang terpendam tu dekat crush orang yang korang suka tu . Nak tahu ? Meh baca lagi :)

Sekarang ni kan dunia semakin maju . iPhone5 pun dah keluar dekat pasaran . Telefon bimbit makin canggih . Ada handphone yang tak perlu tekan keypd pun nak hantar mesej . Aku yakin semua dah ada telefon bimbit . Anak buah aku yang 5 tahun tu pun ada handphone, takkan korang takde . *obvious*

"Handphone ? Crush ? Macam takde kena mengena je"

Takde kena mengena korang cakap ? Ada kena mengana . Dengan phone korang yang canggih tu korang boleh telefon or call crush korang tu  . Luahkanlah perasaan korang tu tanpa bagi tahu identiti korang .

"Habis, macam mana dia nak tahu siapa kita ?"

Sabar . Belum habis cerita lagi . Macam mana dia nak tahu siapa kita . Bagi tahu jelah . Apa susah . Bila korang dah biasa mesej dia, call dia perasaan malu or whatever tu akan hilang dan perasaan berani menguasai diri . Time ni lah korang bagi tahu siapa korang . 

"Macam mana kalau crush kita dah ada GF/BF ?"
"Macam mana kalau dia tak suka kita balik ?"

Kalau macam tu, korang anggaplah crush korang tu macam kawan baik korang . Jadi kawan better kot . Apa yang aku nak nasihat, jangan terlalu mengharap sangat . Tak elok . Nanti makan diri . Maybe, ada orang yang lebih baik untuk korang . To me, my crush will be my bestfriend . Sweet kan ? Hehee ♥

"Kalau dia marah kita ?"

Dia nak marah sebab apa pulak ? Tak boleh jadi ni . Kalau macam ni, lupakan dia . Cari orang lain untuk jadi crush korang . Biarkan dia bersendirian . Hehee ♥

"Eah jap ! Macam mana nak dapat number dia ?"

Macam mana nak dapat number dia ? Hey ! Usaha lah sendiri . Semua nak disuap . Melebih . 
"Man Jadda Wa Jadda"

Dah lah . Penat tangan menaip . Nak pergi korek dapur cari makanan . 
LAPAR ! (۳º̩̩́_º̩̩̀)۳
Terima kasih sebab sudi baca ;')


Assalamualaikum , bye ! ♥






Thursday, October 25, 2012

Are you somebody ?


Somebody loves you if they call you out on your bullshit. They’re not passive, they don’t just let you get away with murder. They know you well enough and care about you enough to ask you to chill out, to bust your balls, to tell you to stop. They aren’t passive observers in your life, they are in the trenches. They have an opinion about your decisions and the things you say and do. They want to be a part of it; they want to be a part of you.

Somebody loves you if they don’t mind the quiet. They don’t mind running errands with you or cleaning your apartment while blasting some annoying music. There’s no pressure, no need to fill the silences. You know how with some of your friends there needs to be some sort of activity for you to hang out? You don’t feel comfortable just shooting the shit and watching bad reality TV with them. You need something that will keep the both of you busy to ensure there won’t be a void. That’s not love. That’s “hey babe! i like you okay. do you wanna grab lunch? i think we have enough to talk about to fill two hours!” It’s a damn dream when you find someone you can do nothing with. Whether you’re skydiving together or sitting at home and doing different things, it’s always comfortable. That is fucking love.

Somebody loves you if they want you to be happy, even if that involves something that doesn’t benefit them. They realize the things you need to do in order to be content and come to terms with the fact that it might not include them. Never underestimate the gift of understanding. When there are so many people who are selfish and equate relationships as something that only must make them happy, having someone around who can take their needs out of any given situation if they need to.

Somebody will always love you. If you don’t think this is true, then you’re not paying close enough attention.

Saturday, October 13, 2012

Doa Munajat.



Ya Allah,
luruskanlah hatiku semoga lurus agamaku.
Bersihkanlah hatiku semoga ikhlas selalu.
Tetapkanlah hatiku supaya dapat menempuh ujian yang menipu daya.

Ya Allah, 
yang menjaga hatiku,
bersihkanlah hatiku supaya mazmumahku tidak merosakkan agamaku
dan tidak merosakkan kehidupan orang lain.
Kuatkanlah hatiku supaya keyakinanku teguh dan tidak mudah berubah.

Ya Allah,
rasakanlah dalam hatiku sentiasa bersamamu
supaya aku rasa ada kawan yang melindungiku,
supaya aku tidak sepi di dalam hidupku,
supaya aku malu melanggar suruhan-Mu,
dan aku siap siaga menunaikan perintah-Mu.

Wahai tuhanku,
yang membolak-balikkan hati,
baikilah hatiku supaya baik agamaku,
supaya tidak khianat, tiada hasad dengki dan dendam sesama manusia.

Wahai tuhanku,
limpahkanlah dalam hatiku dengan ilmu dan hikmah,
supaya dapat menyuluh hatiku dan kehidupanku,
supaya zahir dan batinku sentiasa bersyariat,
supaya zahir dan batinku sentiasa taat.



Ya Allah, kabulkanlah doa ini.




Friday, August 10, 2012

Wanita Idaman.

Assalamualikum . Ehemm *betulkan tekak*. Pejam celik pejam celik, kita dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam kita start puasa *okay aku tipu*. Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Korang taknak jumpa malam ni ke? Cikgu aku cerita, time dia sekolah menengah dia pernah jumpa malam ni. Dia kata dia nampak bulan bersusun dan ada bayang orang sembahyang dekat bulan tapi disebabkan terlalu takut, dia tak terfikir nak buat solat sunat. Jom lah sesame kita mencari malam Lailatul Qadar.

*bau sedap melintas* Sekarang, baca balik title post aku. Wanita Jelita. Aku budak yang "bakal" A+ addmath dalam Spm *amiin, doa-doakanlah* telah memikirkan satu cara untuk mengenalpasti wanita idaman korang.*ayam goreng~*



*gambar diculik dari google*

Bagi setiap lelaki, mereka mempunyai wanita idaman masing-masing. Tidak kiralah sama ada perempuan itu pelakon, pemimpin, jutawan atau sebagainya. Percaya atau tidak, fakta ini mampu mengenalpasti wanita idaman anda itu. Jika tidak percaya, cubalah... (untuk kaum adam sahaja)

Pilih satu nombor (antara 1 hingga 9) kegemaran anda. Gandakan nombor anda dengan tiga. (a 3=b) Kemudian, tambah hasil darab anda dengan 3. (b+3=c). Kemudian, darab sekali lagi dengan 3. (c3=d) Anda akan mendapat hasilnya sebanyak 2 digit, betul? Sekarang, tambahkan angka kedua-dua digit itu, supaya menjadi satu digit. (contoh: d+52. 5+2=7). Dan sekarang, lihat wanita idaman anda berdasarkan jawapan terakhir anda tadi. (jawapan 1 digit)

  1. Angelina Jolie (pelakon terkenal)
  2. Britney Spears (penyanyi terkenal)
  3. Selena Gomez (makwe Justin Bieber)
  4. Neelofa (pelakon terkenal)
  5. Nicol Ann David (pemain squash negara)
  6. Lisa Surihani (pelakon terkenal)
  7. Najwa Latif (penyanyi terkenal)
  8. Adele (penyanyi terkenal)
  9. NurulJannah (pemilik blog ini)
  10. Emma Watson (pelakon terkenal)


Dah tahu dah wanita idaman korang? hehee:D 

Salam Jumaat dan Selamat berpuasa:D




Sunday, August 5, 2012

Bertudung.

Assalamualaikum .
*jawablah* hehee:D Korang ade nampak tak benda baru dekat blog aku ni . Aku dah ada chatbox ! *tepuk tepuk* So, lepas ni, korang boleh lah tinggalkan link blog korang untuk difollow oleh aku. Tapi sebelum tu, followlah aku dulu. Follow memollow kan amalan mulia. Eah ?

Okay. Berbalik kita kepada tajuk. Bertudung. Skop yang mudah. Bagi aku, bertudung adalah salah satu cara menutup aurat dan aurat tu wajib ditutup tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi , lelaki bertudung ke? Kalau lelaki bertudung tu, maknanya dia pondan yang menutup aurat kot. Ada ke pondan tutup aurat? Setahu aku pondan melebih-lebih dedahnya. *garu kepala*

*stop mengarut* sebenarnya bukan bertudung sahaja kan. Kita boleh bershawl dan pelbagai fesyen sekarang. Tak kisahlah janji bertutup mahkota perempuan yang teratas tu. Dekat Malaysia, ramai orang islam tapi susah nak membezakan mereka islam atau tidak. Kalau dekat luar negara, orang islam semuanya menutup aurat. Contohnya dekat Australia, senang nak membezakan mana yang islam sebab orang islam dekat sana semuanya tutup aurat. *pandangan mata kasar*

"bertudung tak hotlah" WHAT? Tak hot? Hello, tengok Hana Tajima, Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar. Depa hot je. Itu cuma alasan yang tak munasabah je. Neraka lagi hot lah. *ayat klise*

Antara Mereka yang HOT:


Ainan Tasneem

Hana Tajima

Tasha Manshahar

NurulJannah
Oppps! hehee:D

Abaikan gambar yang terakhir tu. So, jangan bagi alasan lah kalau bertudung tu tak hot. Serious, haram . Tapi tak kisahlah korang bertudung ke, bershawl ke, berfree hair ke janji adab jaga. Kalau adab takde muka yang cantik tu pun nampak hodoh. "Orang yang bertudung tak semestinya baik tapi orang yang baik mesti bertudung". *fikir-fikirkanlah*


Salam Ramadhan~







Saturday, August 4, 2012

Si dia yang ku rindu.

Assalamualaikum .
fuh fuh ~ berhabuk blog aku ni .*sapu-sapu pakai bulu ayam*. Habis baca Yasiin . Takut berhantu pula blog ni , almaklumlah dah lama tak berpenunggu . Last post aku pun 24 december tahun lepas. Huiiii lama gila . Bukan taknak post, tapi takde idea nak coret . Korang ingat otak aku ni macam otak blogger yang lain. Dia orang tu hebat. Bolehlah post tiap-tiap hari . Sebenarnya, aku sendiri pun lupa pasal blog aku ni . BTW, aku dah tukar style blog dah .



mataku masuk habuk . 


*makan twisties* aku teringat nak buka blog ni pun sebab aku teringatkan arwah. 1 Ogos adalah hari lahir dia. Dah setahun setengah dia meninggal. Semua orang tak tahu. Sedih gila . Kenangan aku dengan dia tak dapat aku lupakan. Hurt kut . Aku kehilangan dia selama-lamanya. 



Muhammad Mukhriz Amri
kehilangan dia memberi kesan kepada aku 
Al-Fatihah for him 


*sapu air mata* kalau korang kehilangan orang tersayang . Apa perasaan korang ? Mesti sedih kan . Ya, sedih sangat . Sebab dialah aku jadi philophobia. So, korang sayang lah orang yang korang sayang sebelum terlambat. 
*semoga kita berjumpa di syurga*



Salam Ramadhan~








Saturday, December 24, 2011

result ? thumbs up !

Asslamulaikum.
alhamdulillah ! result PMR yang telah keluar pada tanggal 22 december 2011 sangat membanggekan aku.heppi giler arrr ! aku cume dapat 7A 1B ! oke nak tengok tak slip result aku ? ni haa kat bawah ni !


oke tak? oke lah kan.. salah sorang kawan aku pun dapat result sebijik macam aku.. name dye Aizam.. perempuan oke.. haha.. oke aku ade ulasan siket tentang result aku ni..:)) oke first,, kenape aku dapat A  dalam bahase melayu? sebab cikgu BM kiterang [cikgu mazri] memang hebad tambah pulak dengan usaha aku ! die memang tak banyak ajar tapi sekali die ajar,, perghhhh menusuk dalam otak kau ! haha..untunglah sape yang akan diajari oleh cikgu mazri tahun depan ! konfem BM korang  A ! :)) subject Math pulak,, hurmm..memang aku minat math:)) minat yang teramat sangat ! thats why walau apep0n aku akan pastikan math aku A ! math aku cikgu anis ajar ! die pon hebad tau ! kawan aku yang gagal math time trial boleh dapat A math time PMR sebenar ! untung sape yang belajar dengan cikgu anis ni:)) die ajar korang sampai korang paham ! seterus nye science ! memang minat sains :)) kalau masuk form 3 je mesti engat chapter 4 ! huh~ bab tu memang agak menarik ! haha... tapi susah giler ! untung sape yang dapat cikgu yanie, die ajar memang superb ! skali ajar memang paham:)) sejarah ! huh.. lemah aku dengar ! tapi alhamdulillah A jugak kau ! haha.. aku memang tak minat sejarah:)) dialog for sejarah " i try to love you, but i cant" haha.. tapi betul lah cikgu cakap, banyak buat soalan past year ! konfem sejarah A! tapi aku tak,, aku bace soalan past year ! then tgok jawapan ! alhamdulillah A jugak ..hehe:)) kalau geografi ! perghhh rindu sama mama S ! haha.. perghhh soalan latih tubi yang die bagi memang banyak ! tak terbuat aku ! haha,,tapi alhamdulillah A jugak :)) KH,, aku amik pedek [perdagangan & keusahawanan] huh~ akulah pelajar yang paling tak tumpu dalam kelas ni.. asik berborak dengan kawan je:)) tapi berkat usaha dan dorongan yang diberikan, A jugak :)) agama? haa..islam kan ! mestilah A !hehe:)) huh! sekarang nak citer pasal si B pulak ! hehe:)) aku B for bahase asing, bahase inggeris la ! cikgu yang ajar BI memang best ! caring and suke cakap saye bagi tahu pengetue tapi tak buat pun..haha:)) maybe salah aku ! tak sent keje yang die bagi, tak siap kan keje yang die bagi, slalo0 tidur dalam kelas die, slalo0 bising dalam kelas die and slalo0 main cubit-cubit dan tumbuk-tumbuk dengan kawan sebelah,, farid ! haha... farid,,aku tahu BI kau brape ! haha... salah aku ! haha... ni lah padah nye ! padan muke :P ape-ape pon terime kasih kat ibu aku and baba aku sebab slalo0 doa dan beri sokongan kat aku.. tak lupe juge pada kawan-kawan, cikgu-sikgu dan tempat tinggal sementaraku asduma kerana telah banyak bantu aku ! satu ayat untuk describe cikgu duma,, " cikgu duma sememangnya hebat !"
oke lah.. sampai sini jer keyh ! tangan pun dah penat menaip :))

oukeyh ! orang islam say "SALAM" :))


Thursday, December 22, 2011

beberapa jam sebelum RESULT diumumkan !

Assalamualaikum..
huh! sakit jantung dibuat nye bila dengar result nak keluar hari ni.! sekarang baru aku paham macam mana perasaan kakak-kakak and abang-abang yang nak ambil result pmr dulu..! huh! ni baru PMR,, kalau SPM mcm mane lah keadaan aku nanti..takut beb ! gerun beb ! maybe yang belum mengalami tak paham macam mana rase cuak yang sebenar..haha.. agresif pulak aku ni :)) maklumlah..ibu aku nak 8A.. aku pulak sebelum PMR tak reti-reti nak blaja elok-elok.! asik nak maen jer ! oukeyh...papep0n perkare tuh dah lepas kot! nak pusing balik mase,,kite takde kuase macam tu kan ! terpakse la tawakal dan banyak berdoa ! 0k:)) tu jer kot yang aku nak kongsi pepagi bute ni ! maklum lah tak dapat tido :))


hey ! semoge aku dapat mimpi kau and hope mimpi aku jadi kenyataan !

0ukeyh :))  bubbbye  eah org islam kan ! SALAM :))

Tuesday, November 29, 2011

Rupa Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
hye korang semue.
lamekan aq tak update blog. aku rase dah 2 bulan kot.
korang perasan tak blog aku dah berubah 100%.? dulu tema blog aku warne purple kan.
 THE LITTLE WITCH  lah konon.
haha.. lawak betul kalau aku ingatkan rupe blog aku yang lame tu. lepas blog the little witch tu aku ade update sikit,jadi DREAMER pulak. dah okey dah. lepas tu ade pulak kesalahan teknikal yang buat blog aku jadi hancur berderai. kesian betol.

sebenarnye aku dah malas nk perbaharui rupe blog aku ni. tapi,setelah didesak oleh pemilik blog
VALERIUS ( http://superseptember.blogspot.com ) dan pemilik blog TYPEWRITTER
 ( http://duckgetswild.blogspot.com ) yang beria-ia sangat nak jenguk blog aku ni.

ok. sekarang ni aku nak ceritekan tentang rupe blog aku yang baru ni. untuk blog aku kali ni, aku pilih name SOLITAIRE. kenape aku pilih name SOLITAIRE? sebab aku suke sangat maen game solitaire. kalau time-time duduk rumah ni, tak sah kalau aku tak maen game solitaire sehari.

tema warne blog aku kali, aku pilih warne kelabu atau name orang putehnye grey. kenape aku pilih warne kelabu? sebab warne kelabu warne feveret aku dan seta merte aku tukar url blog aku daripada vandalixmlife.blogspot.com ( lame ) ke blogkelabusaye.blogspot.com ( baru ). aku pernah terbace satu artikal tentang warne. artikal tu mengatakan " warne kelabu merupakan salah satu ciri orang yang berjaya". so, sesiape yang jenguk blog aku ni adalah orang yang berjaya. haha....

begitulah ceritenye tentang perubahan rupe blog aku ni. sebelum beredar, aku nak ucapkan terime kasih kepade pemilik blog KISAH AKU KAU APE TAU
 ( http://nufakardashians.blogspot.com ) dan blog tutorial lyssa
( www.lyssasecret.com/p/tutorial.html ) kerana telah membantu aku perbaharui blog aku ni.

0k. salam semue..

Sunday, September 18, 2011

bile lagi?

bile lg?
ble aq nk blaja ni?
time blik umah je,ade je SYAITAN-SYAITAN yg menghasut!
2 more week to rec0ver all the topics!OMG!
sempatkah aq.?
kalau mcm e2,this will be my last POST before PMR!
so that,aq nk mntk maaf kt korg,,harap korg dpt maafkn aq..
kalu terkasar bahase ke..aq tau mulot aq ni laser!sorry keyh!jgn lpe jugak doakn aq keyh!
i hope i can do the best in my life,for my family and for the pewrsons that i love!
i hope i can get 8 A's and make my mother happy for my result!

    "YA ALLAH YA TUHANKU"
KAU PERKENANKAN LAH DOAKU INI
                 "AMIN"

best QUOTE

MATHEMATICS
it maybe not teach us how to breathe oxygen,and how to exhale carbon dioxide,
or to love friend and forgive an enemy,it may not even help us find our way to our one true LOVE,
BUT,
it gives us every reasonto hope that
EVERY PROBLEM HAS A SOLUTION!

Friday, July 22, 2011

diaryku...!

hai diary....assalamualaikum...?


diary p0n berkata: waalaikum salam...
aku p0n berkata  : kau ape khabar..,
diary p0n berkata: kabar baek..,
                            ni aku sebagai diary,,
                            nak tanyer,,kau nie ade awek tak...?
aku p0n berkata  : tak doh...aku ni harap je hensem tahap BAB 1,
                            tapi xde orang nak..,
diary p0n berkata: muke kau cam JUSTIN BIEBER arr....
aku p0n berkata  : ye memang muke aq cam dye..,
                             tapi aku rase,aku lebih hensem arr...,
diary p0n berkata: kalaw boleh...,
                            aku pun nk jadi hensem macam kau..!
aku p0n berkata  : Ahhhh! mane b0leh..aku nak hensem,,kau pun nak hensem..
                            aku ramai peminat kau pun nak ramai peminat..ish aii....
                            kau tau tak,,sebena nye..,smue p0mpuan suke kat aku..,
                            aku je yang x suke kat die orang..,sbb nnti yang laen jeles..
diary p0n berkata: dah arr...x nak la kawan kau..

aku p0n berkata : bla arr kau.., x nak kawan kau pun..
sambil berjalan     DUSHHH!!!! (tumbok)
untuk teruskan
misi dan
meninggalkan
diary sendirian..