Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Monday, June 3, 2013

Bersabarlah .

3 JUN 2013 . Matahari seperti menyalai manusia dengan riangnya . Cuaca hari ni 34 darjah . Aku tak tahu nak buat apa . Kepala pening tahap terputus wayar sampai terbakar seperti sudah menghadapi berpuluh-puluh soalan addmath padahal tak buat apa-apa pun . Perut seperti mengadakan konsert Linkin Park . Meraung tanpa tujuan . Nak makan, puasa pula . Memang mencabar . Hanya kesabaran sebagai pelindung . "Bersabarlah wahai hati"

Kesabaran . Kalau diperhatikan, setiap cerita dalam komsas semuanya ada nilai kesabaran . Bukan tu je . Dalam novel dan sebagainya . Semuanya ada . Aku rasa semua manusia ada nilai kesabaran . Tapi bezanya cuma kesabaran yang tinggi ataupun rendah .

***
"SABAR
Dalam konteks segala konteks ialah menahan nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekana jiwa atau perasaan atau ransangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak selesaan atau sesuatau keadaan yang tidak disukai atau tak diingini .

***

Tujuan sabar ialah supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan walaupun tak sempurna mana dan seterusnya mencapai metlamatnya . Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai muslihat menjadikan kita keluh-kesah lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan . Tanpa kesabaran mungkin mengganggu kita melakukan ibadat dan mungkin ada yang tak dapat meneruskannya . Dalam konteks menghadapi ujian Allah "Qada'", seseorang hamba Allah itu akan berjaya mengekalkan kesabrannya jika dia sentiasa mengingati Allah dan sentiasa beristiqamah atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau jika hamba Allah itu menaruh sangkaan baik terhadap Allah SWT . Dengan itu, kesabarannya dan keimanannya akan bertambah teguh .

***

Kesabran itu haruslah meliputi empat tindakan iaitu yang pertama tabah, tekun dan beristiqamah dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah SWT . Yang kedua, menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran . Yang ketiga, memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan . Dan yang keempat, tenang dan teguh menghadapi cubaan . 

***

Kesimpulannya, kalau manusia ni tak ada sifat sabar makan banyaklah pergaduhan, pembunuhan, perlakuan seks yang terlarang dan macam-macam lagi . Apa yang berlaku di dunia sekarang ni semuanya boleh diatasi sedikit kalau ada sifat sabar . Mungkin ia adalah salah satu tanda kiamat . Kita tak tahu bila ia datang tapi kita perlu sentiasa beringat dan bertaubat . 

*P/S: Bersabarlah wahai perokok . Harga naik . Hisap lagi dan duit anda semakin melayang atau berhenti
        sahaja :)


Tingkatkan kesabaran dan selamat beramal :D


No comments:

Post a Comment