Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Terima kasihhlah dekat orang-orang yang setia lawat blog aku
ni . Ada baca post aku sebelum ni ? Amacam dah cuba mesej or call crush korang
? Siapa yang dah tu, taniah lah diucapkan . Nah kiss setepek (˘_˘)ε˘`) . Hehee
♥
Post aku kali ni aku nak ceritakan pasal . . . . Aku tak
tahu nak letak tajuk apa . Seperti yang korang tahu aku memang dah lama tak
online . 20haribulan haritu baru aku terlepas dari gelombang “NO INTERNET” .
Amat terseksa weh duduk dalam gelombang tu . Aku online twitter . Semua
twitterlians heboh dengan Mayans . Aku ni yang macam katak baru keluar dari
tempurung ni peliklah . Selidik punya selidik, baru aku tahu apebenda alah
Mayans ni . Lepas tahu apebenda Mayans ni, bukan main besar aku gelak . HAHAHA
! Meh aku terangkan apebenda Mayans tu .
Mayan ialah satu kalendar yang dicipta oleh bangsa maya .
Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba si
Amerika Seltan . Maya terkenal dengan piramidnya dan juga peninggalan-peninggalan
yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga . Mayan juga terkenal
sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan
astronomi yang dari itu terhasillah kalendar mayan yang penuh rahsia ini .
Menurut Bangsa Maya, kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah
ada di bumi sampai sekarang . Diaorang ramal hari kiamat akan berlaku pada 21
Disember 2012 .
The world will be end
on 21 December 2012 – Mayan apocalypse
Perghhh ! Ada wahyu lagi . Sekarang dah 22haribulan . Apa Bangsa
Maya nak cakap lagi ? “Tersilap tengok kalendar lah . Sorry .” Entahapaapaentah
. Satu lagi predict yang aku baca dari satu laman sesawang . Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka
klip video Gangnam Style mencecah satu billion penonton, maka kiamat akan
berlaku .
“From
the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of
circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
Nostradamus ni seorang penyair,
peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503 . Namanya sangat terkenal
selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan . Aku rasa macam nak terburai
perut aku ni gelak dengan ramalan yang dia buat . Gangnam Style tu baru wujud .
Boleh pulak nak kaitkan dengan kiamat . Sekarang, Gangnam Style dah cecah
billion lebih viewer, takde apa pun yang berlaku . Apa Nostradamus ni nak cakap
? “Saya tersilap tengok bola sakti saya .” Entahapaapaentah .
Disebabkan ramalan-ramalan bodoh ni,
ramai orang kafir duk sibuk cari rumah perlindungan kiamat . Sanggup
menghabiskan duit berbillion-billion beli rumah yang bajet boleh lindung depa
daripada hancur lah konon . Choyy ! Aku tak boleh tahan betul baca dekat surat
khabar, google dan sebagainya tentang rumah-rumah diaorang tu . Untuk
pengetahuan semua lah, pada hari kiamat nanti semua makhluk akan musnah . Tak
kira korang duk menyorok dalam gua ke, dalam bumi ke . Semua akan musnah . Bumi
ni pun musnah . Lagi satu yang paling lawak bila NASA cakap depa jumpa planet
serupa dengan bumi . Dinamakn Planet X . Apa yang diaorang nak buat dengan
planet tu ? Nak angkut semua penduduk bumi pi duduk dekat planet tu ? Bajet
hero nak selamatkan oranglah tu . Ni semua ultraman punya ceritalah . Jangan
nak mengarut . Semua akan musnah .
Aku buat post ni bukan sebab apa .
Aku takut ada orang yang percaya dengan ramalan-ramalan yang mengarut ni . Takpayah lah nak buang masa ramal bila kiamat . Hanya Allah je yang tahu bila kiamat tu . Percaya
certain tarikh kiamat ianya terus jatuh hukum syirik tahu ? Korang tahu apa
dosa syirik ? Straight away to the hell weh . No bengkang bengkok . No simpang
simpang .
Antara sepuluh tanda-tanda kiamat
besar:
1. Asap yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman
dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah
besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya
dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang
keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak
beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt.
tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang
yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan
segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan
membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat
kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan
dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Percaya ni tak pe . Percaya tarikh-tarikh kiamat tu jangan
sekali . Kita tahu banyak kejadian yang seakan menunjukkan hari kiamat . Harap
kita semua dapat meningkatkan amal ibadat kita . Apa yang penting, percaya pada
Allah . Jangan percaya je, lakukan semua suruhannya dan tinggalkan semua
larangannya .
Bersama-sama kita tingkatkan amalan kita . Jadilah muslim yang baik . Semoga kita dipertempatkan dikalangan orang yang beriman . AMIN
good info :)
ReplyDelete