Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day HARAM

Assalamualaikum .

Entah kenapa rajin pulak aku nak update blog pepagi buta ni . Tak tahu kenapa . Tak tahu ! Mungkin ada isu yang aku tak puas hati kut . Entahlah . Harap idea nak bercelotoh kali ni tak putus-putus . Almaklumlah aku ni menulis ikut yang terlintas je . Sebelum tu aku nak maklum yang aku dah tukar url blog . Lepas ni korang takpayah lah nak taip ruqeeowns.blogspot.com lagi . Takkan jumpa de . (Blog Not Found) . Ni url blog baru aku jannahyusofsmoezelen.blogspot.com . Korang akan jumpa blog aku dengan jayanya .

*blogging sambil tweet*

14 Februari . Korang tahu apa yang berkaitan dengan tarikh ni ? Mustahil tak tahu . Tarikh ni ialah tarikh valentine . Sambutan cinta dan kasih sayang . Kononnya . Mulalah muncul jargon-jargon yang entahapaapaentah untuk mengekspos valentine ni . Pub, disko, hotel mulalah buat tawaran yang mengarut . Time ni lah diaorang nak buat harga promosi bagai . Orang-orang kafir sukalah tarikh ni . Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak cakap yang sambut valentine adalah HARAM sama sekali . HARAM .

*menunggu perlawanan Real Madrid vs. MU*

Cerita tentang di sebalik valentine . Banyak versi sebenarnya .

VERSI PERTAMA
Pada masa pemerinthan Claudius II, kerajaan Roman yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristiandan para mubaligh Kristain telah dipenjara serta diseksa . St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran kristain dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan. St. Valentino diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari . Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentino ini dianggap oleh penganut kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya . Malah St. Valentino disamakan dengan Jesus yng dianggap oleh penganut kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya . Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepujuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatnagan 'From your valentine' (Daripada valentine mu) . Maka orang-orang kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu St. Valentino .

VERSI KEDUA
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin . Justeru itu, Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin . Namun begitu St. Valentino menentangnnya dengan keras dan beliau telah elakukan upacara pernikahan terhadap pemuda-pemuda Rom secar sulit . Aktiviti St. Valentino diketahui Claudius II lalu beliau mengarahkan St Valentino ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M .

VERSI KETIGA
Valentine's Day berkaitan degan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia . Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung 13 hingga 18 Februari . Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata . Pada hari yang berikutnya mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi-dewi mereka .

VERSI KEEMPAT
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung pada musim mengawan yang jatuh pada 14 Februari . Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris .

*letup-letup jari minom milo*

Penat tak baca ? Aku yang menaip ni pun penat . Semuanya mengarut . Tak masuk akal .

Firman Allah SWT :



6:116

 Maksudnya:
Dan jika kamu menuruti kebanyakn orang-orang si muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah . Mereka tidak lain hanyalah mengikut prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) .                                                                                                      
                                                                                                      (Surah Al-An'am: 116)


Korang nak apa lagi ? Kalau dah tahu valentine tu haram sambut, janganlah sambut . Kalau nak sambut juga, sambutlah . Dosa masing-masing kan . Kubur pun sendiri-sendiri kan . Cakap tak guna dekat orang yang degil ni . Bukan nak dengar pun . Sabar jelah . Apa yang aku harap kubur aku tak bersebeahan dengan kubur orang yang sambut valentine ni .

Sedikit lampiran
Selamat Tahun Baru Cina .
*salahkah pergi ke rumah terbuka kaum lain ?*


Cakap tak guna . Renung-renungkanlah :D

*tengok bola*

Tuesday, February 12, 2013

Perempuan Solehah Untuk Lelaki Nakal

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Hatchummm ! Siapa yang mengumpat aku ni ?! Mengaku cepat ! Mengaku ! *orang kata kalu kita bersin ada orang mengumpat kita*

Lama sungguh aaku tak update blog . Almaklumlah duduk asrama . Nak nak lagi aku ni calon tegar SPM . Kenalah belajar bersungguh-sungguh supaya SPM aku nanti dapat straightA++ . Barulah dapat belajar dekat Rusia . Sebenarnya bukan takda masa just aku ni takda idea . Aku ni bukanlah macam bloggers lain . Letak je jari tembam dekat keyboard terus mencurah-curah idea tanpa henti bagai air terjun . Ataupun aku ni taklah rajin macam bloggers yang lain, buat draft dekat note then bila ada masa nak online terus copy buat newpost . Aku bukan macam tu . Aku ni seorang yang pemalas . Itulah yang sebenarnya .

Beralih pada tajuk . Kalau nak cerita tentang kemalasan aku takkan habis sampai hujung tahun tahun depan . Kalau baca balik semula tajuk aku kali ni, mesti korang cakap aku ni gatal . Ya . Memang aku gatal . Tapi gatal aku bertempat okay . hoho . Lantak lah kan . Macamlah korang tak gatal . Okay, siapa dekat sini pembaca novel yang tegar ? Aku ni takdelah tegar manapun . Tapi boleh tahanlah . Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku, aku lah yang paling lembap dalam bab-bab novel ni . Nak nak lagi novel-novel cinta melayu . Memang aku lembap .

"Perempuan Solehah Untuk Lelaki Nakal"

Kalau korang perasan, *for those yang selalu baca novel* noel cinta melayu sekarang ni semuanya hampir sama je jalan cerita diaorang . Kena kahwin paksalah . Jumpa dekat universitilah . Mua-mula benci tiba-tiba sukalah . Macam-macam lagi . Semuanya seakan sama . Kadang-kadang baru baca 2 3 mukasurat aku dah boleh agak macam mana ending  dia . Hebat tak aku ? Dah cukup . Aku memang hebat .

"Apa kena mengena novel dengan tajuk ?"

Korang tak perasan ke yang dalam cerita novel sekarang, diaorang sering gandingkan lelaki yang nakal dengan perempuan yang baik, cantik dan comel macam aku . Anda tak perasan ke semua tu . Anda tak perasankah yang saya ni comel ? Eah ? Apa yang aku perhatikan, semua penulis sekarang mesti gandingkan lelaki yang nakal ala-ala jahat dalam dekat watak hero . 

Aku tak kisahlah diaorang gambarkan macam mana kenakalan lelaki tu ataupun kebaikan perempuan . Tak kisahlah . Tapi yang penting dalam al-Quran, Allah telah mejanjikan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang baik untuk perempuan yang baik . 


Maksudnya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik . Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh engampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia . 


See . Dalam al-Quran pun Allah dah nyatakan . Sebagai contoh terdekat cerita Setia Hujung Nyawa yang korang fanatic sangat tu . Lelaki yang telah melakukan zina untuk perempuan yang telah melakukan zina . Adil bukan . 

"Al-Adl" Allah ni maha adil . So kalau korang nak lelaki/perempuan yang baik jadi pasangan hidup korang, jagalah perangai tu . Bersihkan hatimu . Murnikan tindakanmu . 

Renung-renungkanlah :)