Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Lama tak update blog . Almaklumlah, aku ni budak SPM . Sibuk belajarlah katakan . Baru beberapa minggu menjadi calon SPM ni, aku rasa banyak beban yang menghimpap bahu, badan, kepala and so on . Kadang-kadang nak nangis pun ada . Alahai .
Baru tiga minggu aku menjadi calon spm, salah seorang kawan seperjuangan aku telah meninggalkan semua benda yang penting, berharga . Seorang kawan aku telah membuat banyak air mata daripada banyak pasang mata yang mengalir . Seorang kawan aku telah buat ahli keluarganya, kawan-kawannya kosong . Hilang ketawa . Hilang senyuman . Timbul duka . Timbul kesedihan . Arwah Hanis Ikhmal . Dia telah meninggalkan kami pada 22 Januari 2013 . Tanpa diduga kepergiannya begitu cepat .
Empat hari berlalu . Kesedihan kerana kehilangan seorang kawan yang begitu mesra masih lagi tersemat . Sukar untuk menghilangkan rasa sedih . Pada hari arwah hendak dikebumikan, satu sekolah diam . Sunyi . Bagai tiada pelajar yang datang . Semua rasa sedih . Aku nampak ramai cikgu dan kawan-kawan menangis . Ramai yang pergi ziarah jasad kau . Pelajar bukan islam pun turut ziarah kau . Aku tak berpeluang tengok kau buat kali terakhir . Menurut kawan-kawan yang ziarah aku yang ziarah arwah, rupa kau sudah tidak kelihatan . Muka kau bengkak . Dahi kau berlekuk . Ya Allah .
Aku tak sanggup nak cerita lagi . Walaupun aku tak rapat dengan arwah, kehilangan dia tetap dirasai . Kesedihan menyelubungi . Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Hanis Ikhmal .
Al-Fatihah .