Kita yang saling melengkapi . Dan waktu terus berdetik terus berlalu, meninggalkan, membiarkan, mengabdikan segala kenangan . Welcome To My Life .

Saya

My photo
Cukuplah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputik mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia . Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana . Laksana kain putih, kita yang mencorakkannya .

Friday, August 10, 2012

Wanita Idaman.

Assalamualikum . Ehemm *betulkan tekak*. Pejam celik pejam celik, kita dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam kita start puasa *okay aku tipu*. Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Korang taknak jumpa malam ni ke? Cikgu aku cerita, time dia sekolah menengah dia pernah jumpa malam ni. Dia kata dia nampak bulan bersusun dan ada bayang orang sembahyang dekat bulan tapi disebabkan terlalu takut, dia tak terfikir nak buat solat sunat. Jom lah sesame kita mencari malam Lailatul Qadar.

*bau sedap melintas* Sekarang, baca balik title post aku. Wanita Jelita. Aku budak yang "bakal" A+ addmath dalam Spm *amiin, doa-doakanlah* telah memikirkan satu cara untuk mengenalpasti wanita idaman korang.*ayam goreng~*



*gambar diculik dari google*

Bagi setiap lelaki, mereka mempunyai wanita idaman masing-masing. Tidak kiralah sama ada perempuan itu pelakon, pemimpin, jutawan atau sebagainya. Percaya atau tidak, fakta ini mampu mengenalpasti wanita idaman anda itu. Jika tidak percaya, cubalah... (untuk kaum adam sahaja)

Pilih satu nombor (antara 1 hingga 9) kegemaran anda. Gandakan nombor anda dengan tiga. (a 3=b) Kemudian, tambah hasil darab anda dengan 3. (b+3=c). Kemudian, darab sekali lagi dengan 3. (c3=d) Anda akan mendapat hasilnya sebanyak 2 digit, betul? Sekarang, tambahkan angka kedua-dua digit itu, supaya menjadi satu digit. (contoh: d+52. 5+2=7). Dan sekarang, lihat wanita idaman anda berdasarkan jawapan terakhir anda tadi. (jawapan 1 digit)

  1. Angelina Jolie (pelakon terkenal)
  2. Britney Spears (penyanyi terkenal)
  3. Selena Gomez (makwe Justin Bieber)
  4. Neelofa (pelakon terkenal)
  5. Nicol Ann David (pemain squash negara)
  6. Lisa Surihani (pelakon terkenal)
  7. Najwa Latif (penyanyi terkenal)
  8. Adele (penyanyi terkenal)
  9. NurulJannah (pemilik blog ini)
  10. Emma Watson (pelakon terkenal)


Dah tahu dah wanita idaman korang? hehee:D 

Salam Jumaat dan Selamat berpuasa:D




Sunday, August 5, 2012

Bertudung.

Assalamualaikum .
*jawablah* hehee:D Korang ade nampak tak benda baru dekat blog aku ni . Aku dah ada chatbox ! *tepuk tepuk* So, lepas ni, korang boleh lah tinggalkan link blog korang untuk difollow oleh aku. Tapi sebelum tu, followlah aku dulu. Follow memollow kan amalan mulia. Eah ?

Okay. Berbalik kita kepada tajuk. Bertudung. Skop yang mudah. Bagi aku, bertudung adalah salah satu cara menutup aurat dan aurat tu wajib ditutup tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi , lelaki bertudung ke? Kalau lelaki bertudung tu, maknanya dia pondan yang menutup aurat kot. Ada ke pondan tutup aurat? Setahu aku pondan melebih-lebih dedahnya. *garu kepala*

*stop mengarut* sebenarnya bukan bertudung sahaja kan. Kita boleh bershawl dan pelbagai fesyen sekarang. Tak kisahlah janji bertutup mahkota perempuan yang teratas tu. Dekat Malaysia, ramai orang islam tapi susah nak membezakan mereka islam atau tidak. Kalau dekat luar negara, orang islam semuanya menutup aurat. Contohnya dekat Australia, senang nak membezakan mana yang islam sebab orang islam dekat sana semuanya tutup aurat. *pandangan mata kasar*

"bertudung tak hotlah" WHAT? Tak hot? Hello, tengok Hana Tajima, Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar. Depa hot je. Itu cuma alasan yang tak munasabah je. Neraka lagi hot lah. *ayat klise*

Antara Mereka yang HOT:


Ainan Tasneem

Hana Tajima

Tasha Manshahar

NurulJannah
Oppps! hehee:D

Abaikan gambar yang terakhir tu. So, jangan bagi alasan lah kalau bertudung tu tak hot. Serious, haram . Tapi tak kisahlah korang bertudung ke, bershawl ke, berfree hair ke janji adab jaga. Kalau adab takde muka yang cantik tu pun nampak hodoh. "Orang yang bertudung tak semestinya baik tapi orang yang baik mesti bertudung". *fikir-fikirkanlah*


Salam Ramadhan~







Saturday, August 4, 2012

Si dia yang ku rindu.

Assalamualaikum .
fuh fuh ~ berhabuk blog aku ni .*sapu-sapu pakai bulu ayam*. Habis baca Yasiin . Takut berhantu pula blog ni , almaklumlah dah lama tak berpenunggu . Last post aku pun 24 december tahun lepas. Huiiii lama gila . Bukan taknak post, tapi takde idea nak coret . Korang ingat otak aku ni macam otak blogger yang lain. Dia orang tu hebat. Bolehlah post tiap-tiap hari . Sebenarnya, aku sendiri pun lupa pasal blog aku ni . BTW, aku dah tukar style blog dah .



mataku masuk habuk . 


*makan twisties* aku teringat nak buka blog ni pun sebab aku teringatkan arwah. 1 Ogos adalah hari lahir dia. Dah setahun setengah dia meninggal. Semua orang tak tahu. Sedih gila . Kenangan aku dengan dia tak dapat aku lupakan. Hurt kut . Aku kehilangan dia selama-lamanya. 



Muhammad Mukhriz Amri
kehilangan dia memberi kesan kepada aku 
Al-Fatihah for him 


*sapu air mata* kalau korang kehilangan orang tersayang . Apa perasaan korang ? Mesti sedih kan . Ya, sedih sangat . Sebab dialah aku jadi philophobia. So, korang sayang lah orang yang korang sayang sebelum terlambat. 
*semoga kita berjumpa di syurga*



Salam Ramadhan~